Hebatnya Zikir Murah Rezeki “YA WAHHAB”

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya nak kongsikan Zikir yang mudah dan senang kita nak amalkan. Saya dulu sebelum menceburi dalam bidang bisness, saya tak pernah ambil tahu pun pasal zikir ni, dan tak tahu langsung kelebihan dalam 99 nama Allah. Agak jahil masa tu. Dah la tak tahu, lagi nak amalkan..huhuh…

Pada awal tahun 2012 saya menceburi dalam bisness MLM. Alhamdulillah, bisness MLM ni banyak menyentuh ke arah menuju akhirat. Bukan dunia semata-mata. Allahu, rasa bersyukur dan bertuah sangat-sangat. Saya dapat berkenalan dengan leader yang hebat, dan dia lah yang berkongsi pada saya, suruh saya mengamalkan zikir ” Ya Wahhab” setiap hari. Mula-mula saya tertanya gak, apa kelebihannya “Ya Wahhab” nie..

 

 

Ya Wahhab
Maksudnya:

AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah SWT mencurahkan RahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Khasiat zikir ini ialah:

 

  1. Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau masalah kewangan tidak pernah mencukupi, Bacalah zikir Ya Wahhab 100 kali  selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat hajat 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah kita akan berasa bebas, diberi pentunjuk serta mendapat rezeki yang banyak.

 

  1. Membayar hutang/pemiutang

Jika kita ada berhutang dan tidak mampu untuk membayarnya, cuba buat solat sunat hajatmempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, buat solat sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,  seterusnya lihat ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian baca surah Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan kita akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

 

  1. Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat rezeki yang  tidak disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

 

  1. Menjadi  kaya, Hebat dan Terkenal

Bila kita membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah kita  akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran. Jika kita mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah kita akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

 

  1. Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, dan berdoa  akan dimakbulkan.

 

  1. Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, Insya Allah kita tidak akan merasa lapar. Rezeki sentiasa datang kepada kita.

 

  1. Doa Dimakbulkan

Ya, dengan berzikir Ya wahhab 7 kali selepas berdoa (solat) InsyaAllah, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan.

 

Amalan untuk zikir Ya Wahhab nie, tidak semestinya anda seorang berbisness, semua orang boleh amalkan. yang penting niat kita ikhlas ikhlas ikhlas dengan Allah SWT.

Untuk permulaan kita boleh amalkan 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama kelamaan kita akan terbiasa,  inshaaAllah zikir Ya-wahhab ini akan jadi amalan kita. Alhamdulillah, saya dapat Kenikmatan Hidup, Rezeki, dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah SWT. Allahu Akbar. Saya dah amalkan zikir ini setiap hari. Jom kita semua,amalkan sama-sama, untuk tambahkan ketakwaan kita kepada-NYA.

 

~sharing is caring~

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua…  🙂

(Visited 13,182 times, 3 visits today)

No comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!